abcd

Yoppa

nuffnang

Lamaah Ke-2 - Musibah Maknawi

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Maha penyayang daripada semua (yang lain) yang penyayang". (Al-Anbiya' [21]: 83)



MUSIBAH MAKNAWI



Munajat inilah yang telah dipanjatkan oleh juara orang-orang yang sabar, yaitu Nabi Ayub a.s. Munajat ini adalah doa yang mujarab, dan sangat berkesan. Maka, wajib bagi kita untuk mengucapkan ayat suci ini (sebagai doa) dan bermunajat:
  رَبِّى اَنِّى مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَاَنْتَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Secara ringkas, kisah Nabi Ayub a.s. kita sebutkan seperti berikut:

Dalam jangka waktu yang sangat panjang, Nabi Ayub a.s. menderita akibat penyakit tegar yang menjangkitinya sampai sekujur tubuhnya penuh dengan luka dan kudis nanah. Tetapi, dia tetap penuh bersabar menghadapi penyakit sambil memikirkan pahala kesabaran yang besar dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Ketika ulat-ulat yang timbul dari luka beliau mulai menyerang hati dan lidahnya yang merupakan tempat (peralatan) zikrullah, beliau bersimpuh berkata (bukan demi keselesaan sendiri tetapi khuatir akan kekurangan akan mengganggu ibadahnya) dihadapan Tuhannya yang Maha Mulia, dengan doa munajat yang indah:

رَبِّ إِنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَهُوَ يُخِلُّ بِذِكْرِ لِسَنِي وَعِبَادَةِ قَلْبِي
Dipanjatkannya munajat tersebut kerana khuatir ibadahnya terganggu, bukan meminta kelonggaran. Lalu, Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa menjawab munajat yang ikhlas, suci dan jauh daripada kekotoran tersebut dengan bentuk jawapan yang luar biasa. Maka, Allah angkat musibahnya dan menganugerahkannya kesihatan yang sempurna dan telah melimpahkannya dengan rahmat-Nya yang berbagai-bagai.

Dalam Lamaah ini,  terdapat lima noktah:



1. Noktah Pertama


Nabi Ayub a.s. menderita dari luka-luka dan penyakit-penyakit yang lahir zahir, seperti dalam diri kita yang lahir pelbagai penyakit batin, rohani dan hati. Seandainya keadaan kita menjadi terbalik, yakni yang batin menjadi zahir, dan yang zahir menjadi batin, maka sudah tentu kita akan menghidapi pelbagai luka-luka  dan beraneka penyakit yang jauh lebih banyak (parah) lagi daripada yang dimiliki oleh Nabi Ayub a.s. Kerana, setiap dosa yang kita lakukan dan juga keraguan yang menyerang fikiran kita, akan membuka luka-luka di dalam hati dan roh kita secara berkekalan.

Sesungguhnya luka-luka yang dideritai oleh Nabi Ayub a.s. hanya mengancam kehidupan duniawinya yang singkat lagi fana. Sedangkan luka-luka maknawi yang kita derita sekarang, mengancam kehidupan kita yang kekal dan berpanjangan di akhirat kelak. Oleh itu, kita amat memerlukan amalan munajat Nabi Ayub a.s., jauh lebih banyak daripada baginda sendiri. Sebab, sebagaimana ulat-ulat yang keluar dari luka telah menyerang hati dan lidahnya; begitu juga luka-luka yang terbit dari luka-luka kita; menimbulkan was-was dan keraguan akibat dari dosa-dosa  yang menyerang inti hati - na’ûdzubillâh (semoga Allah melindungi kita) - batin kita yang menjadi tempat iman, lalu menjejaskan dan mencalarkan iman. Luka-luka tersebut juga menjangkiti perasaan rohani lidah manusia selaku penterjemah iman manusia, lalu menjauhkan lidah manusia dari zikir kepada Allah SWT serta mendiamkannya.

Benar. Dosa telah masuk ke dalam hati, meluaskan gangguannya ke seluruh penjuru hati. Dan dosa menjalankan tugasnya dengan menguasai hati secara kekal berterusan, menjadikan hati keras sehingga mengeluarkan cahaya iman dari dalam hati. Dengan demikian, hati tersebut akan tetap gelap dan terasing, sehingga menjadi kasar dan keras.

Sesungguhnya, dalam setiap dosa terdapat sebuah jalan menuju kepada kekufuran. Jika dosa tersebut tidak segera dihapus dengan istighfar (memohon keampunan), maka dosa akan berubah menjadi ulat, malahan ular-ular maknawi kecil yang siap menggigit hati.

Contoh (pertama):

Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi-sembunyi akan merasa sangat malu jika hal tersebut diketahui orang lain. Rasa malu tersebut yang menjadikannya merasa berat atas keberadaan malaikat dan makhluk ghaib lainnya sehingga ingin mengingkarinya dengan suatu tanda (atau hujjah) yang kecil.

Contoh (kedua):

Seseorang yang melakukan dosa besar akan mendapatkan azab jahanam, jika ia tidak berlindung padanya dengan istighfar. Oleh itu, setiap kali ia mendengar peringatan tentang ancaman-ancaman neraka jahanam beserta kejadian-kejadian dahsyat yang bakal terjadi di sana, ia suka ketiadaan (mengabaikan) kewujudan neraka dengan dengan setiap sendi batinnya. Lalu, keraguan dan nafsu yang kecil sederhana akan melahirkan keberanian dalam dirinya untuk mengingkari wujud neraka jahanam.

Contoh (ketiga):

Seseorang yang tidak mendirikan solat-solat fardhu, dan tugas kehambaan menderita celaan sederhana dari Sang Pemberi Perintah karena keengganannya melaksanakan kewajiban yang ringan. Kemalasannya untuk melaksanakan kewajiban yang diperintahkan Allah SWT secara berulang-ulang, niscaya akan lebih membuat jiwanya tidak tenang dan menciptakan kegundahan tiada berkesudahan yang membuatnya berani berkata: “Ohhh, andai Dia (Allah) tidak memerintahkan (mewajibkan) ibadah tersebut”.
Keinginan yang seperti ini akan memicu timbulnya sifat ingkar yang mengandung kebencian terhadap sifat ketuhanan Allah SWT. Jika keragu-raguan terhadap keberadaaan Allah SWT ini masuk ke dalam hati, maka orang tersebut akan cenderung meyakini keraguan tersebut seakan-akan dalil yang muktamad. Maka terbukalah dihadapannya pintu menuju kerugian dan kehancuran yang teramat besar.

Akan tetapi orang malang ini tidak sedar bahwa keingkarannya ini telah mendedahkan dirinya terhadap kesempitan maknawi yang berjuta-juta kali, malah berbilion kali lebih teruk daripada kesempitan akibat rasa malasnya melaksanakan tugas kehambaan. Tak ubahnya seperti lari daripada gigitan nyamuk tetapi  menerima gigitan ular-ular!! Dan demikianlah, semoga contoh-contoh ini dapat ditimbangkan menjadi terang dan jelas serta difahamkan rahsia dalam ayat ini:
 بَلْ رَانَ عَلٰى قُلوُبِهِمْ



2. Noktah Kedua


Sesungguhnya manusia tidak mempunyai hak untuk mengeluhkan musibah dan penyakit yang menimpanya kerana tiga perkara; sebagaimana yang telah diterangkan dalam Kalimah Ke-26, yang secara khusus tentang perbahasan rahsia takdir.
Wajah Pertama: Sesungguhnya Allah SWT menjadikan pakaian manusia sebagai tempat zahirnya petunjuk kejadian dan  kreativiti-Nya. Dengan maksud, seumpama Dia menciptakan manusia dalam bentuk “model” yang dipaparkan pada dirinya pakaian, yang diganti, diukur, digunting, dan menukarnya sebagai memperlihatkan Asmâul Husna. Contohnya, seperti nama-Nya:
  مَالِكُ الْمُلْكِ يَتَصَرَّفُ فِى مُلْكِهِ كَيْفَ يَشَاۤءُ 
Wajah Kedua: Sesungguhnya kehidupan menjadi bersih jernih dengan musibah, penyakit, dan bencana. Semua itu menjadikan kehidupan mencapai kesempurnaan, kuat, meningkat, produktif, dan mencapai tujuan tugas-tugasnya. Adapun, kehidupan segaris hanya satu corak menjadi membosankan jika terlalu kerap berbaring diatas tilam kenikmatan; menjadikan kehidupan menjadi dekat kepada ketiadaan kosong. Malahan kehidupan segaris yang berjalan dengan hanya satu corak, yang merupakan keburukan mutlak; dikirakan kewujudannya dianggapkan sebagai kebaikan, padahal sudah mendorong kepada ketiadaan.
Wajah Ketiga: Sesungguhnya dunia ini merupakan medan ujian dan cubaan; tempat beramal dan berkhidmat. Bukannya tempat kelazatan bersenang-lenang, mengutip upah atau ganjaran.  Maka selama dunia merupakan tempat berkhidmat dan beribadah, maka segala penyakit dan musibah (dengan syarat ia bukan berkaitan dengan agama dan dengan syarat ia diterima dengan sabar) menjadi selaras dengan perkhidmatan tersebut, bahkan kedua hal tersebut menguatkan khidmat kehambaan dan menyelaraskannya dengan sempurna. Justeru itu, tidak diperbolehkan mengeluhkannya. Malah sebaliknya, kesyukuran kepada Allah SWT adalah satu kemestian kerana segala penyakit dan musibah akan menjadikan setiap jam dalam kehidupan sebagai ibadah seharian penuh.

Ya! Pada dasarnya, sesungguhnya ibadah terbahagi kepada dua; iaitu yang positif (aktif) dan yang negatif (pasif). Bahagian yang pertama (positif) seperti yang diketahui umum (seperti solat, puasa, dan sebagainya). Manakala bahagian yang kedua (negatif), berbagai penyakit dan ujian membuat penderitanya merasakan kelemahannya sendiri sehingga ia mencari perlindungan dan kembali kepada Tuhannya yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Lalu ia melaksanakan tugas kehambaan yang tulen dengan rendah diri dan ikhlas pada Tuhannya; bebas dari sifat riak menyusup ke dalam ibadatnya. Apabila penderitaan tersebut menghiasi dirinya dengan kesabaran dan memikirkan pahalanya di sisi Allah dan keindahan imbalan dari-Nya, serta bersyukur kepada Tuhan-Nya terhadap segala musibah; maka pada ketika itu, setiap jam dari usianya berubah kepada ibadah sehari penuh. Sehinggakan umurnya yang pendek bertukar panjang. Bahkan ada sebahagian daripadanya, setiap detik masa bernilai ibadah sehari penuh.

Terdapat suatu masa ketika dahulu, aku sering merasa sangat bimbang pada salah seorang saudaraku, al-Hafiz Ahmad al-Muhajir, yang menderita penyakit yang perit. Namun, pada saat itu aku telah terasa satu peringatan amaran padaku, diilhamkan ke dalam hatiku agar berkata: “Berikanlah khabar gembira kepadanya, ucapkan tahniah kepadanya” kerana sesungguhnya setiap detik dari minit kesakitannya bertukar menjadi bak ibadah sehari penuh. Sebab pada hakikatnya, ia telah bersyukur kepada Allah melalui kesabaran yang indah.



3. Noktah Ketiga


Seperti yang telah kami paparkan dalam beberapa kalimah (yang lain), bahawa apabila seseorang memikirkan masa lalunya, maka akan terselit dalam hatinya dan terlontar dari mulutnya: “ohh, alangkah ruginya…” atau “Alhamdulillah”. Samada orang tersebut mungkin akan menyesal dan mengeluh, ataupun ia akan memuji dan mensyukuri Tuhannya. Maka yang mendorong kepada perasaan sedih dan keluhan kerana penderitaan maknawi (jiwa) yang timbul akibat hilangnya kelazatan zaman lampau dan perpisahan dari berbagai kenikmatan lalu. Hal hilangnya kenikmatan tersebut merupakan sebuah penderitaan baginya. Walhal kenikmatan sementara mampu mewariskan penderitaan abadi. Maka merenungkannya akan memeras derita luka-luka itu, perbaharuinya dan menimbulkan rasa sesal dan duka. Walhal..
>
Sedangkan kenikmatan maknawi berkesinambungan dari hilangnya derita sakit temporer yang dilalui seseorang dalam hidupnya, menjadikan lidahnya mengucapkan puja dan puji kepada Allah SWT. Hal ini bersifat fitrah, dirasakan oleh setiap orang. Disamping itu, apabila sang penderita mengingat imbalan yang indah dan ganjaran yang baik, yang disediakan di akhirat; dan merenungkan umur pendeknya yang memanjang akibat sakit; maka ia tidak hanya bersabar terhadap derita yang ditimpakan kepadanya, tapi mencapai darjat syukur kepada Allah. Itu memerlukan lidahnya bagi mensyukuri Tuhannya untuk mengucapkan:
اَلْحَمْدُ ِللهِ عَلٰى كُلِّ حَالٍ سِوَى الْكُفْرِ وَالضَّلاَلِ.

Ada satu peribahasa yang berbunyi, “Betapa panjangnya zaman penuh musibah”. Ya, sesungguhnya masa musibah adalah panjang. Peribahasa tersebut memang benar namun dengan pengertian yang berbeza daripada apa yang biasanya dikenali umum (tentang musibah). Mereka menganggap musibah itu panjang kerana penderitaan dan kesengsaraan yang terdapat di dalamnya. Tetapi, sebetulnya bukanlah panjang sebagaimana yang dijangka menurut kebiasaan manusia, yang menganggap ia adalah panjang dengan kesempitan, kekerasan, masalah dan penderitaan. Padahal, sebetulnya umur manusia menjadi terbentang panjang kerana ia membuahkan hasil-hasil kehidupan yang mulia (lagi percuma) demi ibadah kepada Maha Penyayang.




4. Noktah Keempat


Pada bahagian pertama dari kalimah ke-21, kami telah jelaskan bahawa apabila manusia tidak membuang kesabaran yang dianugerahkan kepadanya dan tidak mengkhuatirkan ketika menghadapi gelombang kecemasan dan pancaroba, maka kekuatan kesabaran tersebut sudah cukup membuatnya berdaya menghadapi segala musibah dan masalah. Akan tetapi, kelekaan manusia terhadap kecemasana, lalai kepada Allah, serta tertipunya ia pada kehidupan dunia fana seolah-olah ia abadi, membuatkan seseorang tidak pedulikan kekuatan kesabaran, menghancurkan kekuatan tersebut kerana penderitaan yang lalu dan menimbulkan rasa takut terhadap masa depan. Selagi tidak menggunakan kesabaran yang telah dianugerahkan Allah kepadanya, ia tak sanggup untuk tabah, lagi redha dalam menghadapi musibah yang diterima, lalu dia pun mula mengeluarkan keluhan; Seolah-olah dia mengadu ketentuan Allah kepada manusia –naúdzu bïllah– Demikian itu, biarpun kerana perkara kecil, kematian kesabaran akan menjadikannya mengeluh bak orang gila. (ibarat peribahasa; bagaikan kucing kehilangan anak).

Padahal, tidak layak baginya untuk gelisah seperti itu. Kerana, hari-hari yang telah dilalui—walaupun dilalui dalam pelbagai ujian—telah tamat dan melupuskan kelapangan yang ada. Kepenatan dan rasa sakitnya juga telah hilang, yang tinggal hanya kenikmatan. Oleh demikian, tidak layak baginya untuk mengeluh kerana tekanan telah berlalu, melihatkan ganjaran yang ditinggalkan. Malah, lebih wajar baginya bersyukur kepada Allah SWT. dengan penuh rasa rindu dan penyesalan (kesilapan lalu). Maka seorang manusia juga tidak diperkenankan untuk benci dan marah ke atas musibah yang ada. Justeru itu, ia harus mengikat rasa cinta kepadanya; gembira atas musibah yang melanda. Ini kerana usia manusia yang telah berlalu tersebut telah berubah menjadi usia yang berbahagia, kekal dan lebih indah hasil dari musibah itu. Oleh kerana itu, ia menjadi satu kebodohan dan kedunguan, apabila seseorang masih bazirkan masanya dengan mensia-siakan kesabarannya dengan memikirkan rasa sakit dimasa lalu. Jika berlaku sebarang musibah yang hampir sama, ia tiada lagi mempengaruhinya dalam keadaan teruk seperti yang lalu -menjadi lali pada musibah baru- .

Adapun menjadi satu kebodohan memikirkan rasa khuatir terhadap sebarang masalah, musibah dan penyakit yang akan menimpa manusia pada masa akan datang, kerana saat itu masih belum tiba dan keadaan masih sama. Ibarat perumpamaan - ia merupakan sesuatu yang bodoh apabila seseorang memakan banyak roti dan meminum banyak air (dalam satu masa) kerana khuatir akan menjadi kelaparan dan kehausan keesokan harinya. Demikian juga, dengan orang yang sejak masa berlalu sering bersedih dan gelisah kerana khuatir akan berhadapan musibah dan penyakit di masa akan datang. Menampakkan kegelisahan terhadap berbagai musibah di masa depan yang belum pasti tanpa alasan yang jelas, dapat meragut rasa kasih sayang daripada dalam diri seseorang. Bahkan, dengan demikian ia telah menganiaya dirinya sendiri.

Kesimpulan:

Sebagaimana rasa syukur dapat menambah kenikmatan itu sendiri, maka keluhan juga akan menambah musibah tersebut dan bisa membuat seseorang tidak lagi mengasihi dirinya sendiri. Terdapat seorang yang soleh dari Erzurum yangmenderita penyakit teruk dan menyeksakan. Hal tersebut menimpanya dalam masa setahun setelah perang dunia pertama bergema. Aku pergi mengunjunginya dan ia mengeluh kepadaku,  “Saudaraku, setelah seratus hari, aku sama sekali belum merasakan kelelapan tidur”. Keluhannya membuatku sedih, akan tetapi pada saat itu aku terfikir dan berkata kepadanya:
“Saudaraku, sesungguhnya dalam seratus hari yang telah berlalu, pada saat ini ia menjadi senilai seratus hari yang menyenangkan. Oleh itu, jangan kamu mengenangkan dan mengeluhkannya. Sebaliknya pandanglah hari-hari tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah atas segala perkara tersebut.
“Untuk hari-hari yang akan datang, memandangkan semuanya masih belum lagi tiba, tawakal dan sandarkan dirimu kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Janganlah menangis jika belum terpukul. Jangan takut terhadap sesuatu yang tidak ada. Jangan pula mengada-adakan suatu yang tiada. Sudah memadai kekuatan sabar buat detik ini. Jangan juga bertindak ibarat meniru dan mengikuti jejak pemimpin tentera yang dungu memecahbahagikan kekuatan pasukan di markasnya ke kiri dan ke kanan. Padahal pada saat itu, kekuatan musuh yang berada di kiri hanya sekadar bergerak ke sisi kanan yang belum lagi bersiap sedia menyerang. Sekiranya musuh mengetahui hal ini, mereka akan segera menyerang tentera lebihan masih ada di markas malah amat kecil dan menghapuskan mereka sekaligus. 
“Saudaraku, jangan seperti pemimpin di atas. Tumpukan semua kekuatan kamu pada saat ini sahaja. Fikirkanlah rahmat Allah yang jauh masih luas dan renungkan ganjaran di akhirat. Renungkan transformasi kebaikan yang diberikan derita sakitmu dengan menjadikan umur fanamu yang pendek menjadi panjang. Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah  SWT sebagai ganti daripada berbagai keluhan ini”.
Nasihat ini memberikan ketenangan kepada si sakit tersebut sehingga ia berkata, “Alhamdulillah, sakitku sudah banyak berkurangan”.



5. Noktah Kelima


Noktah ini terdiri daripada tiga masalah:

I. Masalah Pertama


Sesungguhnya musibah dan bencana yang hakiki dan dianggap sangat berbahaya adalah yang menyerang agama. Apabila keadaan tersebut yang terjadi, maka manusia harus segera berlindung kepada Allah SWT, bersimpuh dihadapan-Nya. Adapun musibah yang tidak menyerang agama bukanlah musibah. Sebab, pada satu sisi, musibah tersebut merupakan peringatan Ilahi. Bagaikan seorang gembala yang memperingatkan kambing gembalaannya ketika keluar dari tempat penggembalaan dengan melemparkan bebatuan. Sehingga, kambing tersebut menyedari bahwa penggembalanya memberikan peringatan untuk menghindari perkara yang berbahaya dengan lemparan batu, dan akhirnya kembali masuk ke daerah penggembalaannya dengan redha dan perasaan tenang. Demikian pula halnya dengan musibah, sesungguhnya sebagian besar dari musibah itu sendiri adalah peringatan Ilahi dan teguran kasih-sayangNya buat manusia.

Sisi lain dari musibah adalah penghapus dosa. Dimensi lain dari musibah adalah sebagai berikut: Musibah memberikan ketenangan kepada manusia dengan menghilangkan kelalaian, memberitahukan ketidakberdayaan, dan kelemahan manusiawi kepada manusia.

Adapun musibah yang diderita oleh manusia saat sakit– sebagaimana yang telah dipaparkan sebelumnya–sudah dapat dipastikan bahwa ia bukanlah musibah yang sesungguhnya, akan tetapi kelembutan rabbani karena ia mensucikan dan membersihkan daki-daki kejahatan. Sebagaimana terdapat satu pepatah lama: “Jika pohon akan menggugurkan buah yang ranum jika digoyang, gugur juga dosa pada saat kegoncangan penyakit”..

Demikianlah, dalam munajatnya Nabi Ayub a.s. tidak berdoa semata-mata untuk kesenangan dirinya. Akan tetapi, sebaliknya ia memohon kesembuhan kepada Allah kerana kesakitannya telah mengganggu tugas lidahnya untuk berzikir dan hatinya untuk bertafakkur. Ia memohon kesembuhan agar dapat melakukan tugas-tugas ubudiyah (kehambaan). Oleh kerana itu, seharusnya objektif utama tujuan kita dengan bermunajat adalah niat mengharapkan kesembuhan atas luka-luka kerohanian kita dan penyakit-penyakit batin akibat melakukan dosa. Dan kita juga harus memohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Kuasa ketika penyakit fizikal yang kita derita menghalangi kita untuk beribadah. Saat itu kita berlindung dengan merendahkan diri, dan memohon pertolongan-Nya tanpa mengeluh dan membantah. Kerana jika kita redha akan sifat Rububiyyah-Nya (ketuhanan) yang menyeluruh, maka selama itu pula kita harus redha dan menerima dengan keseluruhannya apa yang diberikan-Nya kepada kita melalui sifat Rububiyyah-Nya.

Adapun keluhan yang mengisyaratkan penolakan penetapan qadha dan qadar-Nya, perlakuan seperti kritik terhadap ketentuan ilahi yang adil dan ketidakpercayaan terhadap kasih sayang-Nya nan luas. Dan siapa pun yang mengkritik ketetapan- Nya akan terdampar oleh takdir itu sendiri, dan yang tidak mempercayai rahmat Allah akan terhalang dari rahmat itu. Seolah-olah menggunakan tangan yang patah untuk membalas dendam, yang mana akan memparahkan lagi keadaannya. Sebegitu juga, perbuatan menghadapi musibah dengan keluh-kesah, kerisauan, penolakan, dan kegelisahan akan melipatgandakan lagi ujian tersebut.


II. Masalah Kedua:

Jika anda memperbesar-besarkan musibah fizikal, maka ia akan menjadi besar. Dan setiap kali anda tidak memberatkannya, maka ia akan menjadi kecil. Misalnya situasi ini: Sekiranya seseorang menaruh perhatian setiap kali melihat kepada satu ilusi yang dilihatnya di malam hari, maka ilusi tersebut akan menjadi lebih jelas (besar). Padahal jika diabaikan, ilusi tersebut akan lenyap. Demikian juga, lebah-lebah akan memperhebat serangannya setiap kali seseorang menghampiri sarang lebah-lebah tersebut.. Akan tetapi jika ditinggalkannya, maka lebah-lebah tersebut akan berhenti menyerang.

Demikian pula dengan musibah zahir. Tatakala seseorang membesar-besarkan masalah tersebut, maka ia akan menembusi jasad dan melekat di hati jika kerap memberikan perhatian kepadanya serta mengeluhkannya. Dan pabila di hati tumbuh musibah maknawi dan kemudian menyemai musibah zahir, maka musibah zahir akan merebak dan bertahan. Akan tetapi ketika seseorang dapat menghilangkan kerisauan dan kegelisahan dari jiwanya dengan meredhai qada’ Allah, dan dengan bertawakkal terhadap rahmat-Nya, musibah zahir tersebut akan beransur pergi dan menghilang, umpama pohon yang layu dan kering dedaunannya akibat akar yang telah terpotong. Pada suatu saat, hakikat ini saya ungkapkan dalam untaian kalimah berikut ini:

Dari keluhan muncullah bencana
Duhai orang miskin, berpalinglah dan tawakkallah! 
Jika engkau arahkan munajatmu pada Tuhan Sang Pemberi, pasti engkau akan dapat apa yang diperlukan.
Sebab, segala sesuatu adalah anugerah-Nya.
Dan segala sesuatu adalah suci.
Tanpa Allah: engkau akan tersesat dan cemas di dunia ini
Apakah kamu mengeluhkan biji pasir, sedangkan orang lain dapat musibah sebesar dunia?
Sesungguhnya keluhan itu hanyalah musibah di atas musibah
Dosa di atas dosa dan derita!
Jika anda tersenyum di hadapan musibah..
Nescaya ia akan menjadi layu dan larut..
Di bawah mentari kebenaran, menjadi butiran-butiran ais.
Saat itulah duniamu tersenyum..
Senyuman yang menyiratkan keyakinan..
Senyuman gembira kerana pancaran keyakinan..
Senyuman kagum kerana rahsia-rahsia keyakinan..

(*Kalimah ini terdapat sedikit perubahan berbanding kalimah asli yang menjadikannya lebih sukar jika mahu difahamkan)

Benar, sebagaimana manusia menurunkan tingkat permusuhannya dengan menghadapinya dengan wajah ceria dan tersenyum, kerasnya permusuhan akan melentur dan api perselisihan akan padam. Bahkan kondisinya berubah menjadi sebuah persahabatan dan perdamaian. Demikian pula, beban dari sebuah musibah akan hilang apabila musibah tersebut dihadapi dengan bertawakkal kepada Allah SWT.


III. Masalah Ketiga


Setiap zaman tentu memiliki aturan dan ketentuan khusus. Pada masa kelalaian sekarang ini, musibah telah berubah bentuk. Bagi sebagian orang, musibah tidak selamanya merupakan musibah, tapi kebajikan Ilahi dan kelembutan dari-Nya. Saya melihat mereka yang mendapatkan musibah dan bala’ pada saat sekarang ini, adalah orang-orang yang beruntung dan bahagia, selama hal tersebut tidak merosakkan agamanya. Dalam pandangan saya, penyakit dan musibah tersebut tidak mengakibatkan bahaya sehingga harus dilawan dan penderitanya harus dikasihani. Sebab, aku menyaksikan seorang pemuda yang menderita sakit memiliki komitmen yang lebih kepada agamanya dibanding pemuda lain yang sebaya. Dia memiliki keterikatan dengan akhirat.

Hal tersebut membuat saya sadar bahwa sakit dan penderitaan bagi orang-orang ini bukanlah musibah tapi salah satu nikmat Allah SWT. Sebab penyakit tersebut memberikan manfaat yang besar bagi kehidupan ukhrawi penderitanya dan menjadi salah satu bentuk ibadah, walaupun hal tersebut memberatkan kehidupan dunianya yang fana. Jika berada dalam kondisi sehat, pemuda ini bisa saja tidak mengerjakan perintah Ilahi sebagaimana ketika ia menderita sakit. Bahkan bisa jadi dia akan terbawa arus melakukan berbagai hal ceroboh, gegabah, dan buruk seperti yang dilakukan para pemuda pada umumnya.




PENUTUP

Allah telah menyertakan kelemahan tak terbatas dan kefakiran tak berpenghujung ke dalam diri manusia, demi menunjukkan kekuasan-Nya yang mutlak, dan rahmat-Nya yang sangat luas. Allah SWT juga telah menciptakan manusia dalam bentuk dan penampilan tertentu, yang mana ia terkadang bersedih dan kadang bergembira, untuk memperlihatkan gambaran dari nama-nama-Nya yang mulia. Allah rancang manusia seperti mesin ajaib yang memiliki ratusan perangkat dan roda. Masing-masing memiliki kesenangan,tugas, upah, dan ganjaran yang berbeza. Seakan-akan nama-nama Allah yang mulia, yang kelihatan jelas di alam yang disebut sebagai “makrokosmos” ini, sebahgian besar boleh dilihat pula di dalam diri manusia yang merupakan alam kecil (mikrokosmos). Di samping itu, berbagai hal yang bermanfaat seperti kesihatan, keselamatan, dan kenikmatan yang ada pada diri manusia mendorongnya untuk bersyukur dan melakukan berbagai kewajiban sehingga manusia tersebut seakan-akan seperti mesin syukur.

Demikian pula halnya pada berbagai musibah, penyakit, derita, dan berbagai faktor pengaruh yang mengarahkan dan menggerakkan emosinya, mendorong roda-roda dari mesin tersebut untuk bekerja dan bergerak. Dari tempat yang tersembunyi, ia merangsang mesin itu sehingga memancarkan harta kelemahan, ketidakmampuan, dan kefakiran yang dalam fitrah kemanusiaan. Musibah tidak mendorong manusia untuk berlindung kepada Allah dengan satu lidah saja, tapi dengan seluruh anggota tubuhnya. Segala musibah, rintangan, dan hambatan tersebut menjadikannya seolah-olah sebuah pena dengan ribuan mata pena. Ia tuliskan ketentuan-ketentuan hidupnya dalam lembaran kehidupannya, kemudian dibentuknya lembaran menakjubkan dari nama Allah yang mulia hingga menyerupai satu puisi indah dan sebuah lembaran pengumuman. Dengan demikian ia telah melaksanakan tugas fitrahnya.